Friday, December 25, 2009

Towards 2010

Group TB360 telah pun melancarkan blog terbaru (sila layari http://usahawanhai-otb360.blogspot.com) dalam usaha untuk menembusi pasaran yang sengit ini. Dengan usaha gigih dan berterusan Insya-Allah misi ini akan dapat dijayakan. Bermulanya tahun 2010, group TB360 dijangka "meletup" dan menjadi pemangkin buat usahawan2 baru Hai-O melangkah terus ke puncak kejayaan.

Semoga tahun 2010 menghadirkan sinar yang lebih gemilang buat ahli2 TB360!!


** Facebook TB360: TB.three.sixty@gmail.com

Wednesday, November 18, 2009

Bonus Day November 2009

Malam tadi telah berlangsung Bonus Day Taipan181 bagi bulan November 2009. Bertempat di Mines Resort City, Seri Kembangan menyaksikan dewan yang boleh memuatkan hampir 1,000 orang pada satu2 masa penuh sesak sehingga ada yang terpaksa melihat hanya dari luar sahaja. Fenomena ini mungkin disebabkan momentum yang terjadi selepas kebanyakan dari mereka hadir pada majlis Ulang Tahun Hai-O Marketing Sdn Bhd baru2 ini.

Bulan ini menyaksikan leader group TB360, saudara Adli Lutfi telah berjaya dinaikkan ke pangkat DSM secara rasmi. Beliau hanya mengambil masa kurang dari 3 bulan untuk mencapai status diamond!

Sunday, November 15, 2009

17th Anniversary

Siang tadi telah berlangsung majlis Ulang Tahun Ke-17 Hai-O Marketing Sdn Bhd yang diadakan di Stadium Malawati Shah Alam. Majlis gilang-gemilang ini diadakan bagi meraikan kira2 100 orang CDM baru sepanjang tahun 2009. Lebih dari 10,000 usahawan2 Hai-O seluruh Malaysia turut hadir memberi sokongan. Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian Dato' Siti Nurhaliza. Acara kemuncak ialah upacara memotong kek sebagai simbolik genapnya 17 tahun Hai-O Marketing Sdn Bhd menjadi platform buat golongan bumiputera yang bercita2 menjadi usahawan.

Group TB360 seperti biasa hadir sebagai tanda sokongan yang tidak berbelah bagi buat bisnes yang hebat ini. Diharap untuk majlis yang sama tahun depan ahli2 TB360 akan hadir bukan sekadar penonton, tetapi sebagai golongan yang diraikan.. Insya-Allah.

Sunday, October 18, 2009

Bonus Day October 2009

Bonus Day Taipan181 bagi bulan ini menyaksikan SM Mohd Amir telah berjaya mencapai pangkat SSM sementara ahli2 TB360 yang lain telah pun berjaya mendapat cek pertama mereka diketuai oleh SM Norjihan (RM9200) diikuti oleh SM Hj Abdullah, SM Mohd Shaharunniezam dan SM Mohd Faliq yang masing2 menerima cek pertama bernilai RM4700.

Bonus Day kali ini hampir mencatat sejarah tersendiri buat group TB360 apabila SSM Adli Lutfi yang baru 2 bulan menyertai bisnes Hai-O begitu hampir untuk mencapai pangkat DSM. Namun disebabkan beberapa perkara yang tak dapat dielakkan, hasrat beliau terpaksa ditangguh ke bulan hadapan. Malah ketika artikel ini ditulis, SSM Adli Lutfi sudah pun mencapai pangkat DSM secara tidak rasmi!

Kejayaan demi kejayaan telah berjaya dicapai oleh group TB360. Walaupun masih ada yang cuba menyangkal kehebatan bisnes ini, namun tidak kurang juga yang berdiri teguh di belakang ahli2 TB360 sambil memberi sokongan yang tidak berbelah bagi. Ini lah asam garam dalam menjayakan bisnes Hai-O. Semua itu kami jadikan sebagai pemangkin dan pencetus semangat dalam meneruskan perjuangan ini.

Sunday, October 11, 2009

Diamond Night 2009

Semalam bertempat di MIECC Mines Resort City, Seri Kembangan telah berlangsung Diamond Night Hai-O Marketing, malam penganugerahan khas bagi meraikan ahli2 baru berpangkat DSM & DDM dan juga mereka yg telah layak mendapat Tabung Kereta.

Malam yg hebat dan penuh gilang-gemilang itu dihadiri lebih dari 2,000 usahawan2 Hai-O yg datang dari seluruh pelosok tanahair. Group TB360 telah menghantar 3 orang wakil sebagai tanda sokongan terutamanya kepada group Taipan181.

Semoga Diamond Night 2010 bakal menyaksikan wakil2 dari TB360 naik ke pentas untuk menerima anugerah, malah lebih hebat lagi jika salah seorang ahli TB360 terpilih mewakili Taipan181 untuk berucap sebagai CDM.. Insya-Allah.

Tuesday, September 15, 2009

Bolos Saja Dinding Itu

Sebulan berlalu.. dalam tempoh itu pelbagai dugaan dan halangan datang namun semuanya berjaya ditempuhi. Dan hari ini sejarah telah tertulis buat group TB360 apabila 3 ahli menerima cek pertama mereka sempena Bonus Day Taipan181 bertempat di Mines Resort City, Seri Kembangan.

Diketuai oleh SSM Adli Lutfi yang menerima cek pertama bernilai RM7100 dan diikuti oleh SM Zabri Adil dan SM Mohd Amir yang masing2 menerima cek pertama bernilai RM4700. Tahniah buat mereka dan juga seluruh ahli TB360 atas kejayaan ini. Jutaan terima kasih kepada DDM Khadzir dan DSM Shamsulnizam yang tak pernah jemu membantu ahli2 TB360 tak kira siang atau pun malam dalam menjayakan bisnes Hai-O. Tidak dilupakan juga CDM Jalilah dan CDM Aidil yang tak putus2 memberi sokongan kepada ahli2 TB360.

Ini hanyalah permulaan.. ini baru langkah pertama. Selepas ini Insya-Allah lebih banyak kejayaan bakal digapai oleh group TB360. Sasaran group TB360 adalah untuk menghasilkan pangkat baru pada setiap bulan dan sasaran ini semakin realistik jika dilihat dari perkembangan mendadak downline ahli2 TB360. Jika perkembangan positif ini berterusan, tak mustahil dalam tempoh hanya beberapa bulan dari sekarang sekurang-kurangnya seorang CDM bakal dilahirkan oleh group TB360!

Monday, September 7, 2009

Lu Pikir La Sendiri

Mesti ada di kalangan kita pernah terfikir nak buat side income kan? Ye la.. kerja hari2 macam nak mati tapi gaji banyak tu jugak. Gaji masuk tak sampai seminggu separuh dah habis dok bayar hutang kiri kanan. So, agak2 setiap bulan ada ke balance duit gaji tu untuk kita buat saving?

Kenapa perlu saving? Hehe biasa la soalan tu kalau kita tanya kat orang Melayu. Rata2 orang Melayu mana la ada saving. Tapi sesetengah tu ngaku ada buat saving.. kat ASB. Kalau yang buat loan bank masuk ASB.. memang la dah rugi, yang untung bank je. Kalau yang buat simpanan sendiri tu memang la tak rugi apa2.. tapi konsisten ke duit yang masuk tu? Kekal ke duit dalam ASB tu? Silap2 duit baru nak bertambah dah kena withdraw balik.. biasa la kadang2 berlaku emergency, ASB la penyelamat. Sudahnya.. sampai bila pun kita takkan ada saving yang kukuh untuk anak2 & hari tua kita.

Sebab tu dalam bisnes Hai-O group TB360 tekankan bab saving. Lupakan dulu soal nak beli kereta mewah ngan rumah besar. Yang penting sekarang macam mana nak buat saving!

Katakan purata gaji sebulan RM1500 dan setiap bulan kita mampu untuk menyimpan RM500 ke dalam ASB, tu pun kalau masih bujang dan takde komitmen lain. Selepas 3 bulan kita dah berjaya menyimpan sebanyak RM1500.

Tapi sedarkah kita sebenarnya kita mampu untuk buat simpanan yang jauh lebih banyak dari itu kalau kita bersungguh2 jayakan bisnes Hai-O. Berdasarkan track record group Taipan181, untuk 3 bulan pertama saja purata income boleh mencecah RM17,000. Kalau dah income sebanyak tu ditambah lagi ngan gaji bulanan, tak mustahil kita boleh menyimpan RM10,000 ke dalam ASB senang2 je.

So, apa tunggu lagi? Buat je Hai-O.. buat, buat dan terus buat. Insya-Allah kalau kita berusaha, rezeki pasti datang. Pedulikan mereka yang tak mahu berjaya, abaikan pendapat mereka sebab bukan mereka yang nak beri pendapatan pada kita. Pesan orang2 lama.. kalau kita nak berjaya, belajarlah dari orang yang berjaya.

Jumpa anda di puncak kejayaan!!