Wednesday, November 18, 2009

Bonus Day November 2009

Malam tadi telah berlangsung Bonus Day Taipan181 bagi bulan November 2009. Bertempat di Mines Resort City, Seri Kembangan menyaksikan dewan yang boleh memuatkan hampir 1,000 orang pada satu2 masa penuh sesak sehingga ada yang terpaksa melihat hanya dari luar sahaja. Fenomena ini mungkin disebabkan momentum yang terjadi selepas kebanyakan dari mereka hadir pada majlis Ulang Tahun Hai-O Marketing Sdn Bhd baru2 ini.

Bulan ini menyaksikan leader group TB360, saudara Adli Lutfi telah berjaya dinaikkan ke pangkat DSM secara rasmi. Beliau hanya mengambil masa kurang dari 3 bulan untuk mencapai status diamond!

Sunday, November 15, 2009

17th Anniversary

Siang tadi telah berlangsung majlis Ulang Tahun Ke-17 Hai-O Marketing Sdn Bhd yang diadakan di Stadium Malawati Shah Alam. Majlis gilang-gemilang ini diadakan bagi meraikan kira2 100 orang CDM baru sepanjang tahun 2009. Lebih dari 10,000 usahawan2 Hai-O seluruh Malaysia turut hadir memberi sokongan. Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian Dato' Siti Nurhaliza. Acara kemuncak ialah upacara memotong kek sebagai simbolik genapnya 17 tahun Hai-O Marketing Sdn Bhd menjadi platform buat golongan bumiputera yang bercita2 menjadi usahawan.

Group TB360 seperti biasa hadir sebagai tanda sokongan yang tidak berbelah bagi buat bisnes yang hebat ini. Diharap untuk majlis yang sama tahun depan ahli2 TB360 akan hadir bukan sekadar penonton, tetapi sebagai golongan yang diraikan.. Insya-Allah.